DESERT "O" DESERT

Desert ni memang taste saya....sedap dimakan bila dah disejukkan didalam fridge...lagi sodap kalau separuh beku, terasa macam makan ais krim....fulamakkkkkkkkkk lagi-lagi bila ditengahari, tak nampak mak mertua kalau lalu kek belakang. Cik abang sebelah pun suka gakkkk....tak sabar-sabar nak cepat...heheheh. Tapi sayang tak sempat amik gambar dah abih kena makannnnnnnnnn....hahahahhhhhhhhhh

SAGU BERJAGUNG

250 gm sagu
2 tin jagung (with caramel)
1 tin susu cair
gula secukup rasa
sedikit kordial perasa jagung (green hill)
sedikit tepung jagung
air secukupnya (ikut kepekatan yang disukai)
secubit garam

1.  Rebus sagu sampai kembang (tidak berteras). basuh sagu dengan air untuk membuang kanjinya dan ditoskan.
2.  Blend 1 tin jagung hingga lumat. 1 tin lagi tak perlu diblend
3.  Tepung jagung dibancuh dengan air
4.  Masukkan sagu, jagung tin, jagung yang telah diblend, garam dan gula kedalam periuk. kacau hingga rata dan biarkan sehingga menggelegak.
5.  Selepas itu masukkan pula tepung jagung mengikut kepekatan yang disukai.  Kacau hingga sebati.
6.  Lastly masukkan susu cair dan kordial jagung, tutupkan api dan kacau lagi sampai sebati

** simpan dalam fridge atau freezer (separuh beku) baru dihidangkan.....sedap dimakan dimusim panas ni.
** Enak juga dimakan bersama roti perancis