Tuesday, April 6, 2010

RELAX DI SWISS GARDEN KUANTAN

2 April 2010 saje relax di Swiss Garden bersama anak-anak. 2 malam di sana meluangkan masa sambil berehat-rehat. Anak-anak ku cukup enjoy terutama yang bongsu tu....Aida Nadzirah asyik berendam dikolam renang....memang kesukaan dia. Pagi-pagi pukul 7.00 pagi dah sibuk ajak mandi laut. Agak seronok gak pagi-pagi mandi laut.....hehehe. Pas mandi laut berendam pulak kat kolam mandi....kolam tu macam aku punya pulak....orang pertama pagi-pagi mandi kolam, selain daripada minah salleh tu....foreigner tu

Wednesday, March 31, 2010

LAYAR LARA.....

Remove Formatting from selectionLAYAR LARA.....gelaran yang diberikan oleh anak sulung saya. Kek masam manis yang amat digemarinya mungkin disebabkan keenakan pada rasanya yang masam-masam sikit tambahan kombinasi warna yang menyegarkan....kuning hijau bak pasukan bola sepak kedah tuuuuu..




KEK LAPIS MASAM MANIS (LAYAR LARA)

Bahan-bahannya

300 gm margerin
1 gelas gula castor
6 biji telur ayam diasingkan putihnya
2 gelas serbuk biskut roti (dikisar)
1 camca baking powder
3 sudu besar susu pekat
keping asam secukupnya
1 penutup esen vanilla
pewarna hijau secukupnya

Caranya

1. Margerin dipukul bersama gula, campurkan esen vanilla,telur kuning, serbuk biskut, baking powder dan gaul bersama hingga rata
2. Telur putih dipukul sehingga menjadi buih dan campurkan kedalam adunan margerin
3. Gaulkan hingga rata. Adunan dibahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan warna asal dan 1 bahagian lagi dibubuh warna hijau.
4. 1st layer - ambil sesenduk warna asal ratakan didalam acuan. kukus selama 10 minit usunkan kepingan asam diatas setiap lapisan.
5. 2nd layer - ambil sesenduk warna hijau , ratakan diatas 1st layer tadi dan kukus selama 10 minit.
6. ikuti lapisan seterusnya sepertimana 1st layer dan 2nd layer. kukus sehingga masak

Monday, March 29, 2010

Seketika di suasa ini...

Ketika Ibu Mertua masuk wad di Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) disebabkan penyakit beliau, terdapat batu karang di buah pinggangnya dan juga buah pinggangnya sudah kecut sebelah. Seminggu didalam wad. Setiap hari aku dan suami ku pasti mengunjunginya. setiap hari selepas office hour saya bergegas balik kerumah menyediakan bekalan yang agak-agak simple tapi menjadi kegemarannya.... salah satunya bubur sumsum....memang menjadi kegemarannya...so saya abadikan disini resepi untuk kita share bersama....




BUBUR SUMSUM

Bahan-bahannya

3 cawan tepung beras (cap bunga teratai)
3 cawan santan pekat
7 cawan air
garam secukup rasa
2 helai daun pandanSatu

1. Satukan semua bahan dalam kuali. kacau sampai rata dan jangan biarkan ada yang bergentel
2. Hidupkan api perlahan. Kacau sentiasa bahan-bahan tadi hingga masak - pekat dan berkilat
3. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang disukai. Biarkan sejuk baru dihidangkan
kuah gula.

Bahan untuk air gula

3 keping gula melaka (gula gerek yg kecil))
5 sudu gula pasir
5 cawan air
2 helai daun pandan

1. Masukkan bahan-bahan di atas kedalam periuk.
2 Masak hingga gula-gula berkenaan hancur dan menggelegak.
3. Biarkan sejuk baru dihidangkan bersama bubur sumsum

** Boleh dihidangkan sebagai desert dimajlis-majlis tertentu.

Sunday, March 28, 2010

Kelapa Jelly

Assalammualaikum....

Saja je...suka-suka sebagai hobi bagi manafaatkan kemudahan yang sedia ada, especially untuk family yang terdekat dan sahabat-sahabat yang berada dipersekitaran. Maklumlah kan ... semua nak ingat kat kepala ni.....mana boleh kan ...memory pun dah tak sekuat mana lagi lerr... so inilah cara termudah dan amat praktikal di era kini


JELLY KELAPA

10 gm serbuk agar-agar
10 sudu besar gula pasir (depend on your own taste)
2-3 helai daun pandan
2600 ml air kelapa muda (drp 3 biji kelapa muda)
Isi kelapa muda

1. Air kelapa, serbuk agar-agar gula dan daun pandan dimasak didalam periuk. Biarkan sehingga mendidih
2. Masukkan isi kelapa muda dan terus padamkan api.
3. Biarkan sejuk sedikit dan masukkan kedalam bekas yang disukai
4. sejukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sudah sejuk.

** jikalau air kelapa muda tidak mencukupi bolehlah ditambah dengan air kelapa biasa atau pun air biasa, asalkan mencukupi sukatan 2600 ml.

** boleh juga dibubuh warna merah atau hijau...agak cntik juga bila isi kelapa muda berwarna putih